Sejarah Nusantara adalah peristiwa-peristiwa dan kerajaan-kerajaan yang berdiri di Nusantara atau Dunia Melayu sebelum penubuhan Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Republik Indonesia. Umumnya, sejarah rantau ini dibahagikan kepada zaman purba atau prasejarah, zaman kerajaan Hindu Buddha, zaman kerajaan Islam dan akhirnya zaman kolonial. Selepas zaman kolonial, Nusantara berpecah kepada beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia,Singapura dan Timor Timur.
[sunting] Zaman prasejarah
Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah
Nusantara terjadi antara 100,000 - 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira
Abad ke-20 SM,
2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras
Austronesia dari
Yunnan dan mereka menjadi
nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun
2500 SM dan
1500 SM.
Bangsa nenek moyang ini telah memiliki
peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara
bertani yang lebih baik, ilmu
pelayaran bahkan
astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Ketibaan pendatang-pendatang dari
India pada abad-abad akhir
sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka, dengan
Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan model tata pemerintahan yang lebih maju itu. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah
Aki Tirem.
[sunting] Kerajaan Hindu/Buddha (0-1500)
Kerajaan-kerajaan Hindu Buddha utama di Nusantara.
Candi
Borobudur di pulau
Jawa merupakan bukti kekuasaan kerajaan-kerajaan Dharma di Nusantara.
Ketika awal tarikh
Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu. Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang
India yang belayar ke Nusantara. Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan
Jawa Dwipa di pulau
Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut
Prasasti Yupa, kerajaan tertua di nusantara ialah
Kerajaan Kutai[1] yang bertarikh 400 SM.
Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan
Srivijaya dan kerajaan
Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra.
- Vietnam
- Kerajaan Champa
[sunting] Kerajaan Islam (1500 - sekarang)
Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara
Islam mula menapak di Nusantara sekitar kurun ke 11 menerusi Sumatra apabila kerajaan Pasai memeluk agama Islam. Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang
Arab,
Cina,
India dan
Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.
Pada kurun ke 14,
Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara. Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke
Kesultanan Aceh di Sumatra. Pada lewat kurun ke 15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali di pulau
Bali,
Filipina dan beberapa kawasan di
Borneo,
Sulawesi dan
Jawa Timur.
[sunting] Zaman penjajahan Eropah
Penjajahan Eropah di Nusantara.
Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1842.
Zaman penjajahan Eropah bermula apabila
Portugis menawan Melaka pada tahun
1511. Pada tahun
1521,
Ferdinand Magellan tiba di
Cebu,
Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian daripada empayar
Sepanyol. Pada tahun
1565, keseluruhan Filipina jatuh ketangan Sepanyol dan dinamakan
Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan pada tahun 1605,
Ambon ditawan Belanda daripada tangan
Portugis. Inggeris pula mula menapak di Nusantara apabila
Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan
Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila
Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah dimana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa negeri mengikut penjajahnya.
- Jepun
- Empayar Jepun/ Perang Dunia Kedua (1942 - 1945)
0 komentar:
Posting Komentar